Tuesday, January 23, 2007

Pasta.... Hmmm....

Kalau selalu sangat makan spaghetti bolognese tentu bosan juga. Jika terasa seperti hendak ubah selera boleh la cuba masakan yang saya ubah suai dari spaghetti aglio olio mengikut selera orang kita. Saya hidang ketika suami pulang dari overseas. Ternyata resipi ini memenuhi citarasa saya sekeluarga dan harap citarasa anda juga. Cubalah.

Spaghetti ala Syahani

Bahan:
1 bungkus spaghetti atau apa2 pasta bentuk lain
8-10 ulas bawang putih (dicincang)
3-4 biji cili benggala (capsicum) merah/hijau/ kuning (ikut suka)
250 gm udang/ayam/sotong (atau kesemua sekali-agak2 la)
2 sudu teh basil kering (dlm botol)
2 sudu teh oregano kering (dlm botol)
6 sudu besar minyak zaitun
garam
serbuk lada hitam
5-6 batang cili kering (hiris halus) - kalau hendak pedas

Cara:
1. Rebus pasta sehingga hampir masak dlm air mendidih yg ditaruk sedikit garam dan 1 sudu besar minyak zaitun. Tos dan asingkn.
2. Panaskan baki minyak zaitun tadi dan tumis bawang putih serta cili kering hingga kuning bkn hangus.
3. Masukkan udang/ayam/sotong dan gaul rata.
4. Masukkan spaghetti dan cili benggala.
5. Masukkan garam, basil, oregano dan serbuk lada hitam.
6. Gaul rata sehingga spaghetti masak.

No comments: