Wednesday, January 17, 2007

Sinar baru....

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2006 dan Selamat Menyambut Awal Muharram pada 20 Januari 2006 yang akan datang. Semoga cahaya baru memberi semangat baru buat kita semua untuk menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Insya Allah, semoga kita tabah menghadapi ujian Illahi. Percayalah setiap yang mendatang itu ada hikmahnya.

Untuk mereka yang ingin memulakan langkah baru, jangan lekas putus semangat. Percaya pada kebolehan dan atasi kelemahan diri, nescaya kita akan menjadi insan yang lebih baik. Untuk mereka yang kehilangan insan tersayang, jangan bersedih. Percayalah yang Allah lebih menyayanginya dari kita. Untuk mereka yang ingin membina kehidupan baru, jangan cepat melatah. Percayalah pada pasangan kita, kerana tiada siapa yang lebih memahami kita selain dia.

Terimalah coretan saya ini sebagai luahan hati seorang insan biasa yang ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada. Terima kasih kerana sudi menatap blog ini. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat sejahtera. Amin.

No comments: