Tuesday, February 6, 2007

Anak...


Salam semua....
Maaf kerana lama menyepi. Anak merupakan anugerah Allah yang tiada ternilai dengan segala harta benda di dunia ini. Setiap pasangan yang berkahwin mengidamkan saat untuk menimang cahayamata. Namun segalanya merupakan ketentuan-Nya. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun untuk menimang cahayamata dan ada yang terpaksa menumpahkan kasih kepada anak orang lain. Tetapi masih ada yang sanggup membunuh zuriat sendiri dengan tiada perikemanusiaan. Ke manakah hilangnya kasih dan sayang seorang ibu? Ke manakah hilangnya rasa tanggungjawab seorang ayah? Bila dikenang saat kelahiran anak kesayanganku, tiada perkataan yang dapat menggambarkan kebahagiaan itu. Kepada yang belum berpeluang menimang cahayamata, bersabarlah kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kepada yang sudah mempunyai cahayamata, jalankanlah tanggungjawab kita sebagai ibubapa dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Didiklah anak-anak kita supaya menjadi seorang insan berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan negara. Insya Allah.

No comments: