Thursday, February 15, 2007

Cookies Anyone????....


Sempena perayaan Tahun Baru Cina ni, saya ingin berkongsi resipi Biskut Samperit ni dengan semua. Kira macam raya jugak le.... To those yang meraikan Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!!!...
Biskut ranggup, lembut dan melt in your mouth! Saya dapat resipi ni dari ahli Resipidotnet; K.Norazie. Thanks kak for the lovely recipe. Kepada sesiapa yang nak mencuba, dipersilakan. Tak usah tunggu raya pun boleh makan Biskut Samperit!

Say you, say me...
MamaFami: Thanks Mama. Ni dia acuannya...
Tie: Kalau ada masa, cubalah...

Biskut Samperit - Norazie

Bahan:
300g mentega
160g gula ising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2biji kuning telur

Cara:
1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap adunan dan bakar pada suhu 150C untuk 20 min.

2 comments:

MamaFaMi said...

Cantiknya biskut Syahani. Guna terap macam mana eh? Sukanya tengok. Nanti senang-senang mama nak cuba buatlah...

tie said...

Wah... enak yah keliatannya... kapan-kapan mo nyoba ah..., Thank's For sharing yah...