Wednesday, February 7, 2007

Kuih Tradisional...



Bila sebut pasal kuih tradisional terliur rasanya, lebih-lebih lagi kalau dapat yang sedap. Ada pelbagai kuih tradisional Melayu yang boleh diketengahkan seperti abuk-abuk, kuih lopes, kuih koci,
kuih lapis, kuih kaswi, onde-onde

buah Melaka, kuih keria dan banyak lagi. Namun, dalam kesibukan zaman sekarang adalah agak sukar untuk memperolehi kuih tradisional yang sedap di pasaran. Mungkin kerana penyediaannya yang remeh dan lama menyebabkan ramai peniaga membuatnya secara short-cut untuk mengurangkan kos. Tetapi untuk mendapatkan kuih tradisional yang sedap, kita seharusnya tidak menggunakan short-cut dalam menyediakannya.
Biasanya resipi kuih-kuih tradisional adalah merupakan resipi turun temurun dari ibu kepada anak, maka jarang sangat resipi diubahsuai.

Say you, say me...
Loveliana: Ye ke? Favorite saya juga...
MamaFami: Saya main bungkus je Mama... Asal pulut tak keluar sudah le... Bukan rajin, tapi saya nak kuih tu sebijik macam mak saya buat... So, bungkus le... Heheheh...

Jadi hari ni, saya ingin kongsikan resipi kuih lopes ala mak saya. Selamat mencuba....

Kuih Lopes ala Mak Syahani

Bahan utk kuih lopes:
250g beras pulut (saya guna brand Floral je)
daun pisang (dilayukan)
tali
air (untuk merebus + sedikit garam untuk perisa)
kelapa parut (dicampurkan sedikit garam)

Cara:
1. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam.
2. Basuh dan toskan.
3. Bungkus beras pulut dalam daun pisang seperti di gambar atas sebelah kiri.
4. Rebus selama sekurang-kurangnya 3 jam.
5. Setelah masak, buka bungkusan daun pisang dan salut dengan kelapa parut. Hidang bersama air gula.

Bahan utk air gula:
200g gula merah
3 cwn air
daun pandan

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut dan mendidih.
3. Tapis air gula dan hidang bersama kuih lopes.




2 comments:

Loveliana said...

Hmmm..hani..kuih lupis nie kegemaran ayu..pasti yummy..:-))

MamaFaMi said...

Alaaaaa bab bungkus membungkus ni yang mama selalu 'bungkus'... kantoi. Memang madang je fail! Tu sebab buat lopez Kak Liza, main guna tutup botol je...hehehe... Tapi ye la, kalau guna daun pisang, lebih umph! Rajinlah Syahani ni!