Thursday, February 22, 2007

Muffin Lagi!!!...

Hari ni saya nak share resipi muffin color cerah sikit!... Masih guna chocolate chips. Saya tak penuhkan papercup sebab ni sukat anak-anak sedara. So, sukatan ni kira ngam ngam dengan tummy mereka. Budak-budak suka, mak bapak budak pun suka juga. Buatnya pun senang saja. Kalau tak ada mixer pun boleh buat juga. Cubalah...

Say you, say me...
KakLongCyber: Silalah cuba kalau sudi... Muffin ni senang je, tak payah pukul lama-lama... Gaulkan saja...
MamaFami: Banyak chocolate chips sebab untuk makan sendiri... Anak2 buah suka macam ni...
MamaZieza:Taruk chocolate chips just before masuk oven. Meriah ye????... Hehehehe... makan sendiri memang macam tu...

Chocolate Chips Muffin


Bahan:
2 cwn tepung serbaguna / tepung gandum
3 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1/4 cwn gula
1 biji telur (dipukul)
1 cwn susu (UHT / susu segar)
6 tbsp shortening dicairkan (saya guna mentega)
1 cwn chocolate chips (saya guna lebih)

Cara:
1. Gaul tepung, baking powder, gula dan garam sehingga rata.
2. Gaul mentega, telur dan susu sehingga sebati.
3. Campurkan bahan di 1. ke dalam bahan di 2. dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan chocolate chips dan gaul perlahan-lahan sehingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh (susun papercup dalam muffin tray) dan tabur chocolate chips di atas.
6. Bakar pada suhu 190C selama 15-20 minit.

3 comments:

MamaFaMi said...

Amboi meriahnya choc chips dia! Nanti kalau mama ada banyak choc chips, mama nak tabur semeriah mungkin...hehehe...

mamazieza said...

me too... sungguh meriah choc chips tu.. dan tak melt plak.. cantik terletak... muahhhhhzzzzzzz

kaklongcyber said...

Salam Syahani,

Baru melompat ke sini dr RN.
Nampak sedap2 masakan you kat sini.. boleh la dicuba nnt.. errr.. resipi muffin ni, main gaul jer? takyah pukul sampai kembang ker?... sonang yo tuh.. boleh cuba weekend ni..