Thursday, February 8, 2007

Resipi Orang Bujang...


Untuk resipi hari ni saya kongsikan resipi yang simple dan mudah untuk disediakan. Boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Cubalah nanti ya...

Say you, say me...
Ishzah: Thanks. Memang menyelerakan... Cubalah...



Begedil Ayam

Bahan:
6-7 biji kentang (rebus/goreng dan kisar)
150g daging ayam (kisar) (boleh diganti dengan daging / udang)
daun bawang (hiris halus)
bawang goreng
garam
serbuk lada hitam/putih (ikut citarasa)
1 biji telur (pukul)
minyak masak (untuk menggoreng)

Cara:
1. Campurkan kentang, ayam, bawang goreng, sedikit garam, daun bawang dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
2. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
3. Ceduk adunan dalam 1 sudu besar dan kepal-kepal agar padat. Buat sehingga adunan habis.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga begedil masak dan kekuningan.
5. Hidang bersama nasi panas dan cili sos.

Nota: Saya suka masuk telur sekali dalam adunan, lebih senang dan tidak berkecah jika dibandingkan dengan cara biasa iaitu celup adunan dalam telur dan goreng.

1 comment:

ishzah said...

Kelihatan sungguh menyelerakan...:)