Sunday, February 11, 2007

Roti atau Kek????....


Apa khabar semua? Isnin... bermulalah satu minggu baru. Apa projek memasak saya kali ni? Hujung minggu lepas saya buat projek lain, tapi resipi yang saya hendak share ni bukan dari projek memasak terkini saya. Gambar dan resipi adalah ehsan dari website : http://www.cookingforengineers.com sebab saya tak ada kamera masa buat kek pisang ni. Nama kek ni Banana Nut Bread. Rasa macam kek dan rupa macam roti. So, roti ke kek ni???!!!.... Tak kisah la kan, janji sedap... Here's the recipe for all of you to try... Cubalah nanti ya...

Say you, say me...
MamaFami: Insya Allah jadi le nanti tu... Saya tolong jampi sama... Ok?
Baya: Thanks sebab sudi cuba Baya.
Banana Nut Bread

Bahan:
Bahan basah:
2-3 biji pisang (sederhana besar)
6 tbsp mentega cair
1 tsp ekstraks vanila (saya guna esen vanila)
2 biji telur (saiz besar) (dipukul)

Bahan kering:
1 1/3 cwn tepung gandum
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp baking powder
2/3 cwn gula halus
1/2 tsp garam
1/2 cwn walnut (cincang) (saya tak letak walnut sbb tiada)

Cara:
1. Gaul sebati semua bahan kering kecuali walnut.
2. Lenyek pisang bersama mentega dan esen vanila.
3. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit ke dalam adunan pisang tadi. Gaul sehingga rata dan sebati.
4.Masukkan adunan basah dan walnut ke dalam adunan kering.
5. Gaul adunan sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris.
7. Bakar selama 55 minit pada suhu 190C/350F.
8. Setelah masak, biarkan kek di dalam loyang selama 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.



2 comments:

MamaFaMi said...

Ahah...kebetulan ada pisang yang my son Syahmi masukkan dalam kategori 'rotten banana' sebab kulitnya ada black spots...so bolehlah mama lenyekkan, baca jampi serapah...poohhh pooohhhh... jadilah nanti Banana Nut Bread.. hehehe...

baya said...

haaa.. baya dah cuba buat banana bread nie, memang sedap aaa.. senang aja, menjadi pula tu best!!!...thanks you so much.