Tuesday, February 27, 2007

Roti Jala & Kari Ayam...



Kalau nak beli acuan press ni, beli yang steel sebab tahan lama, ni pesan mak saya la. Kalau beli yang plastik cepat patah, maklumlah kena press!... Untuk makluman semua, acuan press ni ada 24 pattern as displayed di kotaknya tu.

Untuk biskut samperit, saya guna pattern yang ada digambar sebelah.

Say you, say me...
MamaFami: Mama punya dah patah? La... lepas ni beli yang steel macam saya punya... Tahan...

Resepi untuk dikongsi? Hmmm... Roti Jala dan kari ayam. Saya buat Ahad lepas sebagai buah tangan ketika berkunjung ke rumah sepupu suami.

Roti Jala
Bahan:
3 cawan tepung gandum
1/4 cawan santan
1 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam

Cara:
1. Gaul semua bahan diatas sehingga sebati. Jika pekat, tambah air.
2. Tebar adunan diatas kuali leper yang telah disapu minyak masak dan panas.
3. Lipat dan susun di dalam pinggan.


Kari Ayam
Bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil)
5-6 labu bawang besar (blend) (kalau nak taruk lebih lagi sedap)
4-5 ulas bawang putih (blend)
1 peket kecil serbuk kari ADABI
1 sudu teh pes tomyam (inilah rahsianya...)
bahan penumis (serba sedikit: buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
daun kari
minyak untuk menumis
garam
air secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan bahan penumis sehingga kuning dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan gaul rata.
4. Masukkan air (cukup untuk tenggelamkan ayam), garam dan pes tomyam.
5. Masak sehingga mendidih.

Nota: Boleh disertakan dengan tomato, terung atau bendir.

1 comment:

MamaFaMi said...

I thot so the acuan will look like this. Mama ada yang plastik, guna sekali, bila cuci, dia terus jam tak boleh guna. Sayang je... La ni ntah mana dah mama humbankan, really frustrating!