Thursday, March 22, 2007

Ayam Tomyam@Syahani's Kitchen


Dah berapa hari kebelakangan ni saya sekeluarga asyik makan dikedai saja. Hari ni saya bangun awal dan masak. Rindu pulak rasanya. Semalam berjaya juga saya buat 2 kuih tradisional: cek mek molek dan kuih keria (akan dikongsi kemudian...tunggu!...)

Tapi untuk hari ini, saya ingin kongsi resipi Ayam Harum Thai oleh Oshin yang telah saya ubahsuai mengikut selera saya. Kalau nak cuba resipi asal silalah ke http://myresipi.com. Resipi disini adalah hasil kreativiti saya dan mengikut bahan yang ada dirumah. Harap sudi mencuba.

Ayam Tomyam Syahani
Bahan A:
1 labu bawang besar (hiris bulat)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia muda (hiris halus)

Bahan B:
2 tbsp sos cili
1 tbsp sos tomato
2 tbsp pes tomyam
2 tbps kicap cair
2 tbps sos tiram
1 tsp sos plum (plum sauce)
* Gaulkan semua bahan B menjadi pes.

1/2 ekor ayam (potong kecik)
Daun limau purut (hiris halus)
2 btg serai (dititik)
Tepung jagung
Minyak masak
Garam

Cara:
1. Bersihkan ayam dan tos.
2. Lumur ayam bersama garam.
3. Salut ayam dengan tepung jagung dan goreng hingga kekuningan.
4. Ketepikan ayam.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, serai, daun limau purut dan halia hingga wangi.
6. Masukkan bawang besar dan gaul.
7. Masukkan pes (Bahan B) dan gaul untuk 2 minit.
8. Masukkan ayam dan gaul rata untuk seketika.
9. Tambah garam jika perlu.
10. Hidang bersama nasi putih.

Say you, say me...
Mama Fami: Hmmm... Memang sedap... Masam manis semua ada...


1 comment:

mamafami said...

Yumm yummmm ayam tomyam...mama tengok pun geyammmm....