Wednesday, March 7, 2007

Masakan Orang Bujang Lagi...

Tak berapa lama lagi, cuti sekolah bakal menjelang. Ada perancangan untuk bercuti bersama keluarga? Bagi saya percutian yang terbaik adalah meluangkan masa bersama tersayang dan anak-anak, walaupun di rumah.

Untuk menu hari ni, saya kongsi resipi mudah dan cepat. Saya panggil masakan orang bujang. Resipi ni merupakan hasil cetusan idea suami tersayang, bukan cedok dari mana-mana laman web ya.
Say you, say me...
Rinnchan: Thanks. Memang betul dlm microwave senang lagi...

Ikan Stim LR

Bahan:
Ikan (Kerapu, Siakap, Patin tp saya guna ikan kembung je)
Halia muda (hiris)
Limau nipis 3-4 biji
Kicap cair

Cara:
1. Bersih dan tos ikan.
2. Perap ikan bersama kicap cair dan air perahan 2 biji limau nipis untuk 2-3 jam.
3. Panaskan kukusan.
4. Taburkan hirisan halia dan limau nipis yang dipotong nipis ke atas ikan.
5. Kukus ikan selama 20 minit.
6. Padam api dan jangan buka tudung kukusan sehingga masa makan.


1 comment:

rinnchan said...

Salam,
Saya suka stim dalam microwave jer..cepat dan mudah..Selamat masak-masak..!!!!