Sunday, March 18, 2007

Nasi Goreng Cina @ Syahani's Blog...

Apa khabar semua? Semakin hari semakin ramai pengunjung di blog ini. Syukur sebab sudi berkongsi pandangan dan pendapat bersama. Saya akan mengemaskini blog ini dan semua respon untuk komen akan diletakkan di resipi yang berkaitan.

Apa-apa pun saya akan kongsi resipi nasi goreng cina version saya dengan anda semua. Menariknya resipi ini boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing. Sudi-sudilah mencubanya....

Nasi Goreng Cina Versi Syahani

Bahan:
5 cwn nasi (lebihan nasi makan malam)
5-6 ulas bawang putih (hiris halus)
1 cm halia muda (hiris halus)
100gm sawi bunga (apa-apa sayur hijau pun boleh)
100gm udang basah
3-4 tbsp kicap cair
3-4 tbsp sos tiram
2 biji telur
minyak masak

Hiasan:
bawang goreng
daun bawang (hiris halus)
cili merah (hiris halus)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga kuning.
3. Masukkan udang, kicap cair dan sos tiram. Gaul sehingga udang separuh masak.
4. Masukkan nasi dan gaul rata.
5. Kuak nasi ketepi dan pecahkan telur ditengah kuali.
6. Gaul semua bahan sehingga rata.
7. Masukkan sayur dan kacau rata.
8. Angkat dan hias dengan bahan hiasan.

Boleh nikmati dengan telur goreng.

Say you, say me...
Mama Fami: Ye lah Mama kalau ada sotong memang lagi kaw... Meriah nasi goreng kalau bahan cukup!... hehehe...

1 comment:

MamaFaMi said...

Nasi goreng is an all time favourite, tapi la ni, since dah kena cut down nasi...kalau ada nasi goreng tu, buat macam tak nampak je la! Tapi agaknya kalau ada boh sotong fresh, lagi kaw kan...