Thursday, March 1, 2007

Sarapan atau Minum Petang?...

First of all, thank you to MamaFami for try my Banana Nut Bread recipe which I posted earlier. Terkezut saya bila tengok fotopage Mama. Terharu la....

Say you, say me...
MamaZieza: Insya Allah... akan kucuba usahakan...

Untuk resipi kali ni saya kongsi recipi dari skyblue di www.myresipi.com. Resipi yang sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Silalah cuba. Resipi ringkas, mudah dan cepat.

Peanut Butter Pancake Rolls

Bahan:
1 cwn tepung gandum
1 tbsp gula halus
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
4/5 cwn susu segar (saya guna susu UHT)
1 biji telur
1/4 tsp esen vanila
1/2 tbsp minyak masak
Garam
Mentega kacang (peanut butter)/ jem

Cara:
1. Masukkan gula, susu, telur dan esen vanila ke dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan minyak masak ke dalam adunan tadi. Gaul semua bahan sehingga rata.
3. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak / non-stick pan dengan api kecil.
4. Masukkan 1/4 cwn adunan dan leperkan. Masak hingga keperangan.
5. Sapu mentega kacang atau jem dan gulung.

1 comment:

mamazieza said...

Hanny... buat nanti on the 15/4 ekk.. hehehehe