Friday, April 13, 2007

Pengat atau Bubur???.. Apa bezanya???...

Macam berkaitan pulak posting saya sejak kebelakangan ni? Memang berkaitan pun sebab semuanya involve keledek. Dah yang makan pun bertiga je, jadi keledek tu kenalah dipelbagaikan penggunaannya. Kali ni keledek jadi bubur (saya panggil la...), hubby saya panggil pengat. Apa bezanya? Saya pun tak pasti, yang pasti saya berjaya buat bubur ni sendiri.

Sebab saya tak pandai buat bubur, saya kenalah rujuk resipi dari K.Hanieliza. Sapa nak resipi asal K.Liza boleh tengok di Forum Cari.com.my

Pengat Keledek & Labu

Bahan:
1/2 biji labu kuning
2 biji keledek
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
daun pandan disimpulkan
garam

Cara:
1. Keledek dan labu di buangkan kulit (dan biji bagi labu). Potong kecil dan rebus dengan air dan garam.
2. Bila keledek dan labu sudah lembut, toskan.
3. Masakkan santan dan gula merah bersama daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
5. Bila sudah mendidih, masukkan keledek dan labu tadi.
6. Kacau seketika dan hidangkan.

Say you, say me...
Merpati66: Kalau ada sagu mata ikan memang sedap, tp malangnya masa tu takda bekalan...heheheh... so, tak taruk la... Thanks sebab sudi singgah blog saya...
MamaFami: Kalau dah suka, buat la Mama... Kat Malawi tak ada sapa nak buat untuk Mama... Unless Fatin nak masak kan untuk Mama, mana tau!...

2 comments:

merpati66 said...

kalau tambah sagu mata ikan lagi cedap nie ...selamat berkenalan dari fotopages

MamaFaMi said...

Pengat ke, bubur ke, tak kisahlah... janji sedap dan kenyang.. hehehe...mama suka makan, tapi malas nak buat!