Wednesday, April 4, 2007

Cek Mek Molek@Syahani's

Sesekali buat kuih tradisional, memang menyeronokkan. Cuma antara rajin atau tidak saja sebab adakalanya penyediaan dan cara membuatnya agak remeh. Namun, keenakkannya memang tiada tandingan. Bagi saya resipi dan pembuatan kuih tradisional harus diperturunkan dari generasi ke generasi untuk memastikan ianya tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas.

Jadi, hari ini saya ingin share dengan semua hasil air tangan saya. Kuih Cek Mek Molek yang merupakan kuih tradisional penduduk di Pantai Timur. Resipinya saya perolehi di http://www.noorma.tk, terima kasih K.Noormasri.

Kuih Cek Mek Molek

Bahan:
600g ubi keledek
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Bersihkan ubi keledek dan rebus bersama sedikit garam sehingga empuk.
2. Sejukkan ubi keledek dan hancurkan sehingga lumat (dilenyek).
3. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga sebati. Tambahkan tepung jika adunan lembik.
4. Bentukkan bujur, kemudian isikan gula pasir di dalamnya dan bentukkan kembali memanjang (seperti di gambar).
5. Goreng sehingga kekuningan.


Say you, say me...
Mama Fami: Teringat Zahid AF2? Hmm... Dato' M. Daud Kilau you... Gelek cek mek molek, gelek!!!...

1 comment:

MamaFaMi said...

Tengok kuih Cek Mek Molek ni, teringat la pulak kat Zahid AF2 dok menari gelek lagu Cek Mek Molek...hihiihi....