Sunday, April 1, 2007

Kecipir... Sambal Tradisional Jawa...

Sambal? Hmm... memang ramai peminat sambal diluar sana kan, tak kiralah sambal ikan bilis, sambal tumis, sambal telur, sambal ikan masin atau apa juga di dalamnya sambal tetap sambal.

Jadi kali ni saya ingin kongsi sambal jawa or kecipir, oleh junjs 11 di www.myreseipi.com

Kecipir
Bahan:
200g ikan bilis-digoreng garing
3 biji ubi kentang-dihiris nipis dan digoreng
200g bawang merah-dihiris dan digoreng

100gm bawang putih-dihiris dan digoreng
50gm kacang tanah-digoreng
1 bungkus tempe-dipotong kecil2 dan digoreng

Bahan kisar
50gm bawang merah
30gm bawang putih
100gm cili kering
3 biji buah keras
garam dan gula secukupnya
minyak

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan kering airnya. (ini untuk menjadikan sambal ni tahan lama)
  2. Masukkan bahan2 yg digoreng tadi bersama garam dan gula secukup rasa.
  3. Angkat dan sejukkan sebentar. Jika ingin simpan lama, masukkan kedalam bekas kedap udara.
Say you, say me...
MamaFami: Sedap... Cubalah...

1 comment:

MamaFaMi said...

Mama memang suka segala jenis sambal...yum yum...