Sunday, April 22, 2007

Vada Pav @ Syahani's

Ni hasil airtangan hubby. Selalu jugak dia masak tapi biasanya resipi asal akan diolah oleh hubby agar kena dengan tekak dia. Biasalah kan. Vada Pav ni makanan di India, hubby dapat tahu masa tengok Discovery: Travel & Living. Lepas tu dia surf internet dan jumpa resipinya.
Jadi, sesiapa yang nak makan burger yang lebih sihat; vegetarian gitu, silalah cuba. Harap kenalah dengan tekak anda semua. Try it out, OK?

Vada Pav

Bahan:
4-5 biji kentang (sederhana)
Daun ketumbar (cincang halus)
1-2 tsp biji sawi
4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
minyak masak
garam
bun burger

Cara:
1. Rebus kentang hingga empuk dan lenyek (mashed). Ketepikan.
2. Tumis biji sawi dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga wangi. Ketepikan.
3. Gaul kentang, tumisan biji sawi dan bawang putih serta daun ketumbar sehingga rata.
4. Bulatkan adunan dan leperkan seperti gambar dibawah.
5. Goreng menggunakan non-stick pan atau kuali leper dengan sedikit minyak.
6. Angkat dan hidang bersama bun burger.

No comments: