Thursday, May 3, 2007

Al-Fatihah...

Saya ingin tribute posting hari ini untuk sahabat saya dari Resipidotnet (Rnet) yang telah pergi menemui Illahi semalam; Allahyarhamah Susanna Jaffri Tay dan bayi dalam kandungan serta Allahyarham Johari Maswari.

Walaupun tidak pernah bersua muka namun pemergian mereka tetap memilukan hati saya. Mereka merupakan penyumbang resepi di Rnet dan juga rakan karib kepada beberapa ahli Rnet. Pemergian mereka merupakan suatu kehilangan yang besar kepada Rnet dan kenangan bersama mereka tetap abadi buat kami di Rnet.

Salam takziah dari saya sekeluarga buat keluarga mereka. Semoga roh mereka berada di kalangan orang-orang yang beriman. Dari Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali. Tiada yang kekal kecuali Allah SWT. Al-Fatihah. Amin.

No comments: