Tuesday, May 22, 2007

Daging Ka Pao @ Syahani's

Ka Pao ni masakan Thai. Masakan stir-fry daging/ayam bersama daun selasih dan bawang. Masakan yang sedap dan cepat. So, ni juga merupakan airtangan hubby.

Lauk ni mesti makan dengan nasi panas. Boleh bertambah dibuatnya. Ni resipinya dan boleh la mencuba.

Daging Ka Pao

Bahan:
400g daging cincang
1-2 labu bawang besar (English onion) (belah 8 setiap labu)
4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (cincang halus)
1 ikat daun selasih (basuh dan ambil daunnya sahaja)
2-3 biji cili merah (hiris halus)
* kalau suka pedas, boleh hiris cili padi
sos ikan
2-3 tbsp sos tiram
minyak masak

Cara:
1. Perap daging, bawang putih, halia, sedikit sos ikan dan cili merah selama 15-20 minit.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang telah diperap.Masak sehingga daging hampir masak.
3.
Masukkan sos tiram dan gaul sebati.
4. Masukkan bawang besar dan daun selasih. Gaul rata seketika.
5. Hidangkan bersama nasi panas.

Say you, say me...
MamaFami: Alhamdulillah saya dapat bersuamikan dia. Dia pandai masak. Saya pun kadang-kadang belajar dengan dia.

1 comment:

MamaFaMi said...

Rajinnya cik abang mu memasak!