Tuesday, May 15, 2007

Daging Masak Palembang...

Lama sungguh saya tidak meng-updatekan blog saya. Maaf pada semua. Saya menghadapi masalah teknikal sikit dan agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk dengan apa pun saya kurang pasti. Tapi saya janji akan menampilkan sesuatu yang menarik untuk anda semua.
Hari ini saya tampilkan masakan yang saya pelajari dari ibu tersayang, Hajah Maimunah; iaitu Daging Masak Palembang atau saya panggil daging masak kicap pedas.

Daging Masak Palembang

Bahan:
1/2 kilo daging (hiris nipis)
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
minyak masak
garam

Cara:
1. Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.
3. Masukkan daging dan kacau rata.
4. Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)
5. Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).

No comments: