Sunday, May 27, 2007

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin

Apa khabar semua? Musim cuti sekolah sudah bermula. Banyak undangan ke majlis kenduri kendara? Hari ni saya ingin kongsi resipi tradisional orang Negeri Sembilan. Apa lagi kalau bukan gulai masak lemak cili api. Kali ni saya masak gulai ikan senangin bersama kacang buncis ketika mertua datang bertandang ke rumah tempoh hari. Kalau kena dengan tekak masing-masing, sudilah mencuba.

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Senangin

Bahan:
3 ekor ikan senangin saiz sederhana (bersih dan tos)
100g kacang buncis (bersih dan potong ikut citarasa masing-masing)
10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan ikan, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.

No comments: