Wednesday, May 16, 2007

Kucai Bunga?! Hah????

Pernah dengar bunga kucai? Rupa dia macam kucai cuma besar sedikit dan hujung ada bunga (kudup). Rasa campuran kucai dan bawang putih macam tu. Ni resipi hubby saya. Sudi-sudilah cuba ya.

Kucai Bunga Goreng bersama Udang

Bahan:
250g udang basah (buang kulit kecuali ekor)
1 ikat kucai bunga
3-4 ulas bawang putih (cincang halus)
sos ikan
kicap cair
garam
minyak masak (untuk menumis)

Cara:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan gaul rata hingga udang kemerahan.
3. Masukkan kuca bunga dan gaul seketika.
4. Untuk perisa, masukkan kicap cair, sos ikan dan garam serba sedikit mengikut selera masing-masing.
5. Gaul rata dan hidangkan.

Say you, say me...
MamaFami: Sedap Mama... Makin sedap sebab hubby yang masak kan... Selera... hehehhee...