Monday, May 21, 2007

Kuih Cara Manis...

Kali ni saya ingin memperkenalkan satu lagi kuih tradisional. Kuih Cara Manis kerana kuih ni berintikan gula atau lebih sesuai gula cair. Satu lagi Kuih Cara Berlauk, yang ni nanti saya persembahkan kemudian. Insya Allah.

Kuih cara ni sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Tapi saya biasanya buat kuih ni untuk minum petang. Sukatan untuk kuih ni sebenarnya tiada sebab saya agak-agak saja. So, untuk memudahkan semua, saya adjust resipi dari Mamafami. (Buat guideline ya Mama...) Cubalah.

Kuih Cara Manis
Bahan:
120g tepung gandum
1 biji telur
200ml air pandan (Daun pandan yang diblend bersama air. Tapis dan ambil airnya)
50ml santan pekat
2 tbsp gula
Minyak masak

Inti:
Gula secukupnya

Cara:
1. Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
2. Masukkan telur dan santan dan gaul rata.
3. Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.
4. Untuk dapat adunan yang betul-betul sesuai, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
5. Panaskan acuan yang disaput dengan sedikit minyak masak.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
7. Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit.

Say you, say me...
MamaFami: Alah Mama, buat kuih ni dah lama. Tapi baru dapat nak tempek kat sini...

1 comment:

MamaFaMi said...

Rajinnya Syahani buat kuih...