Thursday, May 17, 2007

Resipi Muffin Dari Nigella...

Ni merupakan projek saya untuk children's packs masa kenduri akikah anak bujang kecik saya hujung bulan lepas. Saya buat trial batch untuk anak-anak buah dulu.

Bila mereka suka baru saya buat untuk kenduri.
Muffins yang dalam papercup cantik adalah untuk kenduri. Yang nampak chocolate chips tu, adalah trial batch. Resipi ni saya dapat dari http://www.nigella.com. Cubalah.


Chocolate Chips Muffins

Bahan:
250g tepung serbaguna
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp serbuk koko
175g gula kastor
150g coklat cip
250ml susu
90ml minyak sayur (75g mentega)
1 biji telur (L size)
1tsp esen vanila/ ekstrak vanila

Cara:
1. Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
2. Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
3. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata.
4. Masukkan coklat cip dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
6. Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit.

Dapat dalam 12 muffin.

Say you, say me...
Fma: Ye ke?... Hehehe... Sedap tak?
MamaFami: Sedap. Anak-anak sedara suka. Mak-mak pun suka jugak!... Cubalah

2 comments:

fma said...

hmm... mcm pernah ku mkn... tp d mana ya... hikhikhik..

MamaFaMi said...

Nampak cam sedap ni Syahani. Bahan-bahan pun senang je nak cari...