Wednesday, May 30, 2007

Sambal Lagi??!!...

Hari ni saya tempek resipi sambal yang menjadi kegemaran ibu saya. Lepas saya masak sambal ni untuk mertua, mereka pun suka sambal ni. Apa yang menariknya sambal ni dari sambal lain? Hmm... sambal ni adalah Sambal Ikan Bilis Tumbuk. Resipi sambal ni adalah resipi ibu saya, Hajah Maimunah.

Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bahan:
Ikan bilis (basuh, tumbuk, goreng garing dan tos)
8-9 ulas bawang merah (blend/tumbuk)
3-4 ulas bawang putih (blend/tumbuk)
Cili kering (blend) (ikut citarasa masing-masing)
Kentang (potong kuib, goreng dan tos)
Terung (potong ikut citarasa masing-masing, goreng dan tos)
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan:
1. Goreng dan tos bahan-bahan yang diperlukan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
3. Masukkan cili yang diblend, sedikit gula, garam dan masak sehingga cili betul-betul masak.
4. Masukkan ikan bilis, kentang dan terung. Gaul rata.
5. Masak sekejap dan hidangkan.
* Nota: Makan bersama roti pun sedap selain nasi panas.

No comments: