Tuesday, May 29, 2007

Spaghetti Sup @ Syahani's

Pasta ada macam-macam jenis dan rupa serta warna. Maka penggunaannya juga boleh dipelbagaikan. Kali ni resipi pasta saya berkuah. Resipi ni sesuai untuk anak-anak juga. Makanan sihat dan boleh dipelbagaikan.

Spaghetti Sup @ Syahani's

Bahan:
1/2 peket spaghetti atau apa saja jenis pasta
2-3 ulas bawang putih (cincang)
1-2 biji tomato (potong kuib)
1/2 batang karot (potong kuib)
3-5 biji meatball (beli atau buat sendiri)
1 pokok sawi atau pak choy
basil kering
minyak zaitun
air
garam

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan air dan meatball. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan spaghetti yang telah dipatah dua. Biarkan untuk 5 minit.
4. Masukkan karot, garam dan sedikit basil. Kacau rata.
5. Bila mendidih, masukkan sawi dan tomato.
6. Padam api setelah spaghetti lembut.

No comments: