Tuesday, May 29, 2007

Tofu Jepun Goreng Sos Tiram...

Resipi ni saya cuba dah lama. Tapi baru hari ni berkesempatan untuk ditempek. Resipi yang simple dan cepat untuk disediakan. Sesuai untuk mereka yang sibuk dan bekerja. Resipi ni http://merpati66.fotopages.com/ milik Ida Isk.
So harap sudilah mencuba.

Tofu Jepun Goreng Sos Tiram

Bahan:
Tofu Jepun (goreng dan toskan)
Aneka sayur ikut citarasa masing-masing (saya guna cili benggal saja)
Sos Tiram
Stok ayam
Sedikit kicap
Bawang putih (cincang halus)
Sedikit air

Cara:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan sayur - goreng dan tutup kuali sekejap
3. Masukkan sos tiram, kicap, stok ayam dan air
4. Masakkan semua bahan tadi seketika dan ahkir sekali amsukkan tofu Jepun yang telah digoreng tadi.
5. Hidang ketika panas.

No comments: