Wednesday, June 20, 2007

Chocolate Oats Crisps...

Ni satu lagi cookies yang saya cuba beberapa minggu lepas. Cookies ni berasaskan oat juga. Resipi dari Mak Lang Azie di http://ulampegaga.fotopages.com/

Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats

Bahan
130g tepung gandum }

30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli hingga kental.
6. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
7. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

Nota:
Saya tak terap cookies ni. Saya buat macam drop cookies dan press dengan garfu. Bakar pada 175C selama 12-15 minit.

No comments: