Monday, June 11, 2007

Resipi.Net @ BSC...

Resipi.Net adalah komuniti yang saya sertai hampir setahun. Di sini kami share resipi yang diperolehi dari pelbagai sumber dan ternyata ianya menarik minat semua golongan masyarakat untuk berkongsi atau mencuba apa juga resipi. Kini Resipi.Net akan menemui semua bersama pelbagai juadah untuk anda cuba. Mereka dibalik tabir Resipi.Net juga boleh anda temui di sana.

Antara juadah yang dijual adalah:
Pie, Kek (Cupcake & Slice Cake), Mini Cheesecake, Cookies, Brownies, Donut, Roti & Bun dan macam-macam lagi. Semua juadah akan dijual dengan harga yang berpatutan dan dari resipi-resipi yang telah dijamin akan kesedapannya kerana semuanya adalah dari dapur kami dan terus kepada anda. Marilah datang ke gerai kami!

Bangsar Shopping Centre (BSC) juga akan memberi voucher belian bernilai RM30 kepada 100 pengunjung pertama dan voucher diskaun 20% kepada 100 pengunjung seterusnya. Dapatkan The Star (Metro) edisi Jumaat nanti untuk keterangan selanjutnya.

Jadi apa tunggu lagi? Sertai kami dan rasailah kesedapan juadah kami. Jumpa anda di sana!!!....

Say you, say me...
Mama Fami: Saya sepatutnya tak berjual, tapi sebab Mama Zieza terpaksa cancel... So saya kenalah ganti. Masalahnya saya tak siap apa-apa pun...
Nabialishad: Thanks... Datang la BSC...

2 comments:

MamaFaMi said...

Wah mesti gempak Gerai Resipi.Net ye...all the best! Syahani jual apa nanti?

nabialishad said...

wah good!semoga berjaya ye..