Monday, September 10, 2007

Ayam Masak Madu


Lama sungguh saya tak update blog saya ni. Mohon maaf kepada semua viewers. Sejak lepas pulang dari "holiday", saya agak sibuk dengan tugasan harian. Kesihatan ahli keluarga juga agak tidak mengizinkan saya untuk melayari internet sekerap dahulu. Sekarang ini, bertambah sibuk dengan kerenah anak yang tengah ligat. Maaf kepada mereka yang sering mengunjungi blog ini.

Saya ingin kongsi resipi Ayam Masak Madu yang menjadi masakan ayam kegemaran keluarga saya. Resipi ini merupakan resipi dari kakak saya.

Ayam Masak Madu

Bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil mengikut citarasa masing-masing)
4 ulas bawang putih (crushed)
1 labu bawang besar (English onion) (belah enam)
Sos tiram
Madu
Kicap cair
Kicap pekat
Minyak masak

Bahan perap:
2 tbsp sos tiram
2 tbsp kicap cair

Cara:
1. Basuh ayam dan toskan.
2. Gaul bahan perapan bersama ayam dan perap selama 1 jam (minimum 20 minit)
3. Goreng ayam hingga hampir masak. Angkat dan biarkan seketika.
4. Panaskan sedikit minyak (minyak goreng ayam digunakan semula tapi bukan semua) dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
5. Masukkan sos tiram, madu, kicap cair dan kicap pekat mengikut selera masin-masing (jika ingin manis lebihkan sos tiram dan madu).
6. Masak sehingga berbuih (ini disebabkan oleh madu) dan terus masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Gaul rata dan biarkan seketika.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Say you, say me...
Nik Hazlini : Hmm... Selalunya saya masak bila rasa malas, or selera untuk lauk lain hilang... Lauk ni betul-betul bukak selera...
Mama Fami : Yup... Sedap woooo... Cubalah...

2 comments:

Nik Hazlini Nik said...

Bestnyer lauk tu.......hujan2 ni rasa lapar pulaks...

MamaFaMi said...

Can't imagine macam mana rasa dia ye? Ada manis and masin...