Monday, August 20, 2007

Masakan Nogori...


Rupanya saya masih berhutang satu resipi dengan semua. Masih ingat sayur ini? Saya pernah tempek di blog ini untuk semua teka. Sampai hari ni baru saya dapat kongsi resipinya bersama anda semua.

Masak lemak cili api udang memang sedap kalau beserta sayuran seperti sanda. Sanda merupakan salah satu sayur yang boleh dikatakan sayur orang dulu-dulu. Mungkin ditempat lain sayur ini dikenali sebagai keladi air atau lain. Tapi kami sekeluarga memanggilnya sanda.

Ini dia resipi tradisional masak lemak cili api udang bersama sanda. Mohon maaf sebab tiada sukatan tetap untuk resipi ini kerana ini merupakan masakan bonda saya.

Masak Lemak Cili Api Udang bersama Sanda

Bahan:
Udang
Sanda
Cili Api
Santan (Pekat & Cair)
Kunyit hidup
Garam
Asam keping / Asam gelugor

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup & garam (sedikit) sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk dan masukkan santan cair, sanda dan asam keping.
3. Kacau supaya tidak tahi minyak. Masak sehingga mendidih dan masukkan udang dan santan pekat.
4. Masak sehingga mendidih sekali lagi dan kacau sekali sekala.
5. Hidang bersama nasi.

Ps: Gulai masak lemak cili api yang sedap perlu dikacau selalu agar tidak tahi minyakdan kena kasi balance asam dan garam supaya tidak melimpah.

No comments: