Thursday, April 10, 2008

Nasi Paella...

Resipi dari http://hanieliza.fotopages.com/ tapi saya amend sikit ikut apa yang ada dalam peti ais. Resipi simple dan sedap. Saya guna beras wangi biasa, untuk sayur saya guna karot dan kacang buncis hiris sebagai ganti. Yang lain sama je. Cubalah...

NASI PAELLA [Spanish Paella Rice] [nasi yg dimasak dengan isi ayam, udang, ketam. sotong dan sayuran oleh org-org Spanish]

Bahan
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]

500 ml air stok ayam [boleh gunakan 1 kiub ayam + 500 ml air]
200 gm isi ayam [hiris nipis dan lebar]
200 gm udang besar 200 gm sotong [potong 2]
1 biji cili capsicum hijau [potong dadu]
1 biji capsicum merah [potong dadu]
3 biji tomato [belah 4]
1/2 cawan kacang pea
3 s/b butter/majerin
2 s/b minyak
1 pokok daun sup [cincang]
1/2 s/k kunyit garam

Bahan tumis
1 labu bawang besar [potong dadu]...elok gunakna bawang besar jenis holland
1 ulas bawang putih [cincang]
3 cm halia [ketuk]

Cara
1. Panaskan minyak dan majerin/butter.
2. Gorengkanudang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga layu.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
5. Masukkan air stok, serbuk kunyit dan garam. Biarkan mendideh.
6. Masukkan beras dan semua sayuran. Biarrkan mendideh.
7. Bila dah kering masukkan daun sup, udang dan sotong. Masakkan sebentar lagi.
8. Bila dah masak boleh hidangkan.

NOTA oleh kerana nasi ini tidak pedas boleh gandingkan dengan acar timun dan salad.

No comments: