Wednesday, April 9, 2008

Taugeh Hijau? Hmmm....

Saya memang biasa masak pea sprout ni or kami sekeluarga panggil taugeh hijau. Tetiba bila saya browsing internet terjumpa resipi yang serupa macam yang biasa saya atau suami masak. Jadi saya nak kongsi resipi ni dengan semua. Gambar dan resipi asal dari http://www.deliciousasianfood.com/category/vegetable/page/13/.

Pea Sprout Goreng bersama Bawang Putih (Ni versi saya & Hubby..)

Bahan:
Pea sprout
Bawang putih (cincang halus)
Kicap cair
Garam
Air
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing.
2. Masukkan pea sprout dan kicap cair.
3. Boleh masukkan garam sedikit dan air (kalau nak kuah)
4. Gaul rata dan angkat.

Nota: masakan ni stir fry, sangat cepat dan mudah!

No comments: