Friday, May 16, 2008

Banana with Chocolate Chip Muffins


Salam semua. Muffin ni merupakan resipi dari Chef Wan yang saya ambil dari bukunya Juadah Manisan Istimewa Chef Wan. Anak saya suka, muffin ni tidak terlalu manis dan terasa akan manis pisangnya. Cubalah...
Banana Choc Chip Muffin / Mufin Pisang Bercip Coklat
Bahan:
1/2 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 cawan pisang masak, lecek
1 sudu teh soda bikabornat
2 sudu besar air panas
1 1/2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh garam
1/4 cawan cip coklat
pisang, dipotong kasar dan cip coklat untuk hiasan

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga gebu. Masukkan telur dan pisang,
2. Bancuh soda bikabornat dan air panas dan tuang dalam adunan mentega.
3. Masukkan tepung dan garam dan kaup dan balikkan hingga rata. Tambah cip coklat dan kacau.
4. Sudukan adunan ke dalam acuan mufin bergris. Bubuh dua potongan pisang di atasnya dan tabur cip coklat.
5. Bakar pada 180C/360F selama kira-kira 20 minit.

* Saya avoid pisang potong atas muffin sebab pisang tak cukup. hehehe...

No comments: