Thursday, May 29, 2008

Chocolate Rice Orange Muffin...

Salam...
Ni saya buat petang semalam untuk minum petang dan bekal hubby ke pejabat hari ni. Sedap terasa orange dan chocolate ricenya. Resipi dari K.Hanieliza http://hanieliza.fotopages.com/. Thanks K.Liza kerana sudi share resipi ni dengan kami....

Choc rice orange muffins

Bahan A:
2 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder* (diayak 2 kali)
1/2tsp soda bikarbonat*
1 cawan gula perang
2tbsp coklat rice
chocolate chip untuk topping (saya tak taruk)

Bahan B:
1/2 cawan butter cair (saya guna marjerin & cairkan dlm microwave)
1 cawan jus oren (saya ambil jus 1 biji oren sunkist)
1 biji telur (pukul sedikit)
1 tsp paste oren (saya ganti dengan zest 1 biji oren sunkist)

Cara:
1. Gaul semua bahan B dalam mangkuk.
2. Gaul semua bahan A dalam mangkuk besar.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata.
4. Masukkan adunan 3/4 penuh papercup dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

No comments: