Tuesday, May 27, 2008

Gulai Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Cendawan Tiram

Salam...
Ni resipi arwah ibu mertua saya; Allahyarham Hjh Zaiton Kammis. Last weekend adik ipar sebut-sebut la pulak lauk ni. So, memandangkan hubby and adik ipar dah sebut-sebut, saya suruh la mereka beli bahan dan saya tolong masakkan. Harap samalah boleh la jadi hampir-hampir dengan yang arwah masak. Nak sama betul-betul memang tak dapat sebab saya tak pernah makan yang arwah masak. Jadi tak pasti macam mana rasanya. Jadi, sudi-sudilah cuba resipi tradisi ni.

Gulai Masak lemak Cili Api Ayam Dengan Cendawan Tiram

Bahan:
1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh dan tos)
300ml santan + 100ml air*
100ml santan pekat* (saya guna santan kotak je)
5 helai daun limau purut (hiris halus)
250g cendawan tiram (basuh, tos dan belah dua)
2 keping asam keping
5-8 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan 1 tbsp kunyit serbuk)
garam

Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup, cili api & 1 tsp garam sampai lumat biji cili.
2. Masukkan bahan tumbuk dan ayam ke dalam periuk dan jerang seketika dalam 3 minit. Jangan risau ayam tak hangus sebab air ayam akan keluar.
3. Masukkan santan + air, asam keping dan daun limau purut. Tambah garam 1/2 tsp lagi.
4. Kacau sentiasa agar tidak naik minyak.
5. Bila mendidih, masukkan cendawan tiram dan santan.
6. Jerangkan sehingga betul-betul mendidih dan hidangkan.

No comments: