Thursday, May 22, 2008

Pea Sprout Salad...

Salam...
Salad ni saya makan bersama spaghetti aglio olio. Salad ni saya first time makan di rumah adik ipar. Then hubby figure out bahan-bahannya dan buat sendiri. Sejak tu ianya menjadi salad kegemaran kami sekeluarga termasuk arwah ibu mertua. Ni resipinya...

Pea Sprout Salad / Salad Taugeh Kacang Pea

Bahan:
300g taugeh kacang pea
1 batang karot (sagat kasar)
150g kobis ungu (hiris kasar)
1 batang timun (buang biji dan sagat kasar)
*3-5 ulas bawang putih (cincang halus)
*4-5 sudu besar jus limau nipis (kalau nak masam, lebihkan)
*2 sudu teh garam
*1 sudu besar gula (kalau tak nak manis, kurangkan)
*1/4 cawan minyak zaiton (extra virgin olive oil lebih bagus)

Cara:
1. Gaulkan semua bahan yang bertanda * di dalam mangkuk sehingga sebati. Biarkan seketika.
2. Masukkan semua sayuran ke dalam mangkuk salad dan curah bahan yang bertanda *. Gaul rata dan hidangkan.

Nota: Boleh di makan begitu sahaja atau dihidangkan bersama nasi briyani atau pasta.

No comments: