Friday, May 16, 2008

Kek Teh Oren Evelyn...

Salam...
Resipi ni dari buku yang sama, resipi Chef Wan. Saya buat semalam sebab oren sunkist banyak kat umah. Sedap mengikut tekak saya dan hubby. Moist keknya.

Kek Teh Oren Evelyn

Bahan:
230gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula halus
parutan kulit dan jus dari 2 biji oren
4 biji telur, asingkan kuning dan putihnya
2 cawan tepung berserbuk penaik / self raising flour, diayak
secubit garam
2 sudu besar susu

Cara:
1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu. Masukkan parutan kulit oren dan kuning telur sebiji demi sebiji sambil memukul.
2. Ayak bersama tepung dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega berselang seli dengan jus oren.
3. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kembang dan perlahan-lahan masukkan ke dalam adunan, kaup dan balikkan rata-rata.
4. Tuang dalam acuan roti bantal standard yang digriskan dan dialas kertas minyak.
5. Bakar pada 175C/350F selaam 35-40 minit sehingga kek masak.

No comments: