Thursday, May 29, 2008

Baked Sandwiches...

Salam...
Ni pulak resipi dari Rinnchan's fotopage http://rinnchan.fotopages.com/. Inti saya guna resipi saya sendiri mengikut apa bahan yang ada di dapur. Simple dan boleh menjimatkan roti yang dah nak expired or dah mula keras. Cubalah.

Baked Sandwich

Bahan Inti:
3 biji kentang (kupas dan potong kuib)
1 labu english onion (potong kuib)
1 biji capsicum (potong kiub)
1/2 tsp dried basil
1/2 tspdried oregano
serbuk lada hitam
garam
minyak masak
sedikit air

Cara Masak Inti:
1. Tumis english onion sehingga wangi.
2. Masukkan kentang dan sedikit air.
3. Masak sehingga air kering. Masukkan rempah dan garam serta lada hitam.
4. Sejukkan dalam tapis untuk toskan minyak.

Cara:
1. Gelek nipis roti gardenia. Masukkan dalam acuan tart dan potong tepi mengikut acuan. Tekan dengan jari pun boleh.
2. Bakar dalam oven selama 7-8 minit sehingga cantik kekuningan. Sejukkan.
3. Masukkan inti dan taburkan cheese di atas.
4. Bakar pada suhu 180C sehingga cheese cair.
5. Hidangkan.

No comments: