Tuesday, May 27, 2008

Sup Ayam Dengan Fucuk Goreng

Salam...
Ni sup resipi mak saya. Saya buat semalam untuk anak saya. Cubalah, resipinya simple je. Tapi untuk sup semalam saya tak letak kincham dan suhun sebab tiada. Mesti ramai nak tau macam mana rupa fucuk selepas digoreng kan? Ni dia....



Sup Ayam dengan Fucuk Goreng

Bahan:
1/4 ekor ayam (potong kecil, basuh dan tos)
7-8 biji bawang merah (kalau lebih lagi sedap)*
2-3 ulas bawang putih*
1-2 keping fucuk (gunting saiz 1 inci)
100g suhun (rendam)
1 peket kincham (lily bud) (gunting hujung keras dan rendam)
1/2 tsp lada hitam
minyak masak
garam
air

Cara:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga lumat.
2. Goreng fucuk dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng sehingga kuning dan ketepikan.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan ayam dan masak dalam 3 minit. Masukkan air dan garam secukupnya.
4. Masak sehingga mendidih dan masukkan kincham, suhun dan fucuk goreng. Gaul rata semua bahan dan biarkan sehinggan mendidih sekali lagi. Boleh tambah stok ayam jika suka.
5. Hidangkan.

No comments: