Thursday, June 19, 2008

Pasta Tuna Simple Sherene Rnet

Salam...
Resipi ni saya dapat dari Resipi.net; Puan Sherene. Terima kasih Sherene for sharing this lovely recipe and simple. Cubalah, resipinya dibawah ya...


Pasta tuna simple(untuk 1-2 servings)
Bahan:
1 can tuna cili ayam brand (minyak dibuang) (saya guna light tuna ayam brand)
1 1/2 cup pasta (apa jenis pun, kalau spaghetti, boleh patah 2-3)
4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
Olive oil untuk menumis
2-3 keping cheddar cheese slice (1 ketul saya guna cheddar cheese wedges)
2 tbsp grated parmersan cheese
Serbuk lada hitam
Cara:
1. Rebus pasta sampai masak. Jgn lupa letak minyak/butter n sedikit garam. Masak, toskan dan letak tepi.
2. Buang cili padi dalam tuna cili tu, tapi kalau nak lagi pedas biarkan
3. Tumis bawang putih dalam minyak olive oil, bila dah naik bau, masukkan tuna cili tadi. Tumis 2-3 minit, pas tu masukkan cheese cheddar dan parmesan cheese.
4. Bila cheese dah cair dan mesra bersama tuna, letak sedikit serbuk lada hitam.
5. Bila nak disajikan, gaulkan pasta bersama tuna. Siap!
* Saya guna chilli flakes untuk tambah pedas sebab tuna tak pedas. Untuk yang berpantang, jangan makan bersama chilli flakes.

No comments: