Thursday, June 12, 2008

Talk: Peniaga Cemerlang

Salam Semua...

Adalah dimaklumkan bahawa Resipidotnet akan menganjurkan Talk: Peniaga Cemerlang pada 6 Julai 2008, jam 3-6petang, di Bukit Desa Condo, Taman Bukit Desa. Talk akan diadakan secara in-formal beserta minum petang. Ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi bersama penceramah; Dr. Baayah Baba. Bayaran sebanyak RM20 untuk setiap peserta. Semua pembayaran hendaklah di lakukan sebelum atau pada 30 Jun 2008. Tempat adalah terhad. Pembayaran adalah melalui Maybank. Surat pengesahan penyertaan akan diemailkan sebaik sahaja transaksi disahkan. Sebarang pertanyaan dan butiran pembayaran, sila ajukan kepada Puan Hanny di misshoney74@gmail.com.

Berikut adalah serba sedikit latar belakang speaker:
Speaker: Dr. Baayah Baba
Beliau merupakan pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Perniagaan (Jabatan Ekonomi), UiTM Shah Alam. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai penceramah motivasi selama 10 tahun. Hasil penulisan beliau adalah Mendidik Anak di Abad 21, Tips untuk Peniaga Cemerlang dan PhD: In My Perspective. Beliau sering menjadi penceramah jemputan di RTM, Pusat Matrikulasi, MARA dan beberapa agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Isu yang akan disentuh oleh speaker adalah seperti berikut:
Peniaga Cemerlang
1. Pasang niat untuk berjaya
2. Buat perancangan perniagaan
3. Etika berniaga
4. Untung rugi
5. Istiqamah
6. Muhasabah perniagaan


Selain dari itu, Talk: Mendidik Anak di Abad 21 akan diadakan pada 3 Ogos 2008, sesiapa yang berminat boleh mendaftar sekarang. Bayaran sebanyak RM 35 untuk 2 penyertaan sama ada ibu dan anak, bapa dan anak atau suami isteri. Setiap penyertaan akan diberikan buku "Mendidik Anak Abad 21: Cabaran & Dugaan" yang ditulis oleh Dr. Baayah Baba sendiri.

*Nota: Talk ini tiada kaitan dengan apa-apa jualan lansung atau sessi memperkenalkan produk. Ini adalah seratus peratus talk motivasi dan panduan kepada para peniaga. Harap maklum.

1 comment:

wanegamos said...

Hi Syahani,
I just wanna give you an idea about generating more incomes from Adsense-like Clickbank. How about if you change all your "Google Adsense" ads in your Fotopages with "Clickbanks Ads" which is more lucrative (as long as you have Clickbank account-just register for free at Clickbank.com as affiliate). Enjoy 50-75% sales commission pay-check. Please click at my link on your right and find out more infos.