Sunday, July 13, 2008

Fish Fillet For My Son...

Salam...
Lama tak update resipi di blog ni. Minggu lepas teringin nak makan western, so bua sendiri la. Sejak harga minyak naik, semua benda naik harga. Kalau makan western kat luar macam dah tak termampu la pulak. So, ni fillet dory yang saya grill untuk anak saya. Resipi ni hak milik terpelihara tau sebab resipi yang hubby reka sendiri khas untuk anak kami. Sampingan saya rebus bonkoli dan karot serta wedges resipi sendiri jugak.



Grill Dory Fillet Alla Syahani

Bahan untuk marinate fillet:
2-3 ulas bawang putih
Olive oil secukupnya
Serbuk lada hitam
2 tsp dried basil
Garam

Cara:
1. Bersihkan fillet dan keringkan menggunakan towel atau tisu dapur.
2. Sapu rata minyak zaitun, garam, lada hitam, bawang putih dan dried basil.
3. Perap selama 1/2 jam atau 1 jam.
4. Grill fillet sehingga masak. (Cucuk ikan dengan pisau dan rasa pisau, kalau panas bererti ikan dah masak).

Bahan untuk sos:
2 biji tomato (cincang kasar)
1/2 labu bawang besar (English Onion) (cincang kasar)
Stok ikan (Sos untuk steam ikan brand Lee Kum Kee)
Air secukupnya

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato lembut.
2. Masukkan stok dan sedikit air (cukup untuk ikan).
3. Perisa dengan garam dan serbuk lada hitam jika suka.
4. Curah atas ikan.

Wedges Ala Syahani

Bahan:
Kentang secukupnya dan potong wedges
2-3 tsp serbuk lada hitam
2-3 tsp dried basil
Garam secukupnya
Tepung beras secukupnya
1 biji telur (dipukul sedikit)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Kupas kentang dan tos. Keringkan dengan towel atau tisu dapur.
2. Gaul rata kentang bersama lada hitam, garam, dried basil.
3. Pukul telur dalam mangkuk lain dan celup kentang.
4. Salut kentang bersalut telur dengan tepung beras dan buang lebihan tepung.
5. Goreng kentang dalam minyak panas sehingga kuning.
6. Hidang bersama ikan atau makan begitu saja dengan cili sos.

Say you, say me...

MamaFami: Sedap pada tekak kami anak beranak la... Anyway, baru je jengah Fp Mama, tengok resipi badak berendam. Hari tu order dgn mak, tp mak dah masuk hospital, kenalah buat sendiri...