Wednesday, August 6, 2008

Kerabu Pucuk Paku & Tauge

Respi dari buku Air Tangan Sheila Rusly; 20 Resipi Kerabu... Untuk yang suka kerabu, boleh la cuba...

Kerabu Pucuk Paku & Tauge
Bahan A:
1 ikat pucuk paku (direbus dan tos)
200g tauge (direbus dan tos)
4 biji limau kasturi (ambil jusnya)
2 biji bawang besar (hiris, potong bulat & nipis)
2 biji cili merah (hiris)
3 biji cili padi (hiris)

Bahan B:
1/2 biji kelapa parut (goreng tanpa minyak hingga garing dan ramas)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
sedikit belacan
50g udang kering
gula
garam

Cara:
1. Tumbuk lumat cili merah, cili api, belacan dan udang kering.
2. Masukkan semua bahan A dlm mangkuk dan gaul rata.
3. Masukkan bahan yg ditumbuk tadi dan baki bahan B ke dlm mangkuk tadi dan gaul rata.
4. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.

No comments: