Thursday, August 7, 2008

Kuih Serabai...



Just nak share this recipe with all... Resipi dari Fotopages K.Rossya... Ni kuih tradisional abis... Hubby kata dulu ada jual kat pasar tani Tanjong kek Pilah... Sekarang tak tau la... Puas cari resipi dan gambor kuih ni sebab saya tak dpt nak imagine rupanya macam mana... Kadang2, kita tau kuih tu, cuma tak tau nama... hehehehee...

Kuih Serabai

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih ( dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam


Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan kedalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan diatas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya ~ SERAWA)


KUAH SERAWA (KUAH DURIAN)

Kuah serawa dibuat dengan santan kelapa,. Didihkan dengan sedikit isi durian, gula Melaka, sedikit garam dan daun pandan. Mendidihkan sehingga ia pekat, diatas api yang sederhana.

Kuah Serawa enak jugak di makan dengan roti dan pulut kukus.

Say you, say me:

Umi_e: Tu la pasal... Mana nak cari tapai nasi? I get to know kat pasar tani di Kuala Pilah masih ada jual...


--

1 comment:

umi_e said...

2-3 hari baru ni buat kuah durian dan teringat sangat kat kueh serabai sebab masa kecik2 selalu makan serabai+ kuah durian...

* nampaknya senang je nak buat kueh serabai ni tapi... mana nak dpt kan tapai nasi atau cara nak buat tapi nasi... tapai pulut senanglah nak dapat kat pasar malam