Sunday, September 21, 2008

Chocolate Chips Muffins...


Salam...
Yang ni buat untuk anak dan anak sedara ketika balik berbuka di kampung. Anak sedara saya suka betul dengan muffin / cupcake yang saya buat. Bukan memuji diri sendiri tapi itu lah hakikatnya. Yang ni resipi dari mana saya tak sure sebab lupa salin alamat websitenya.

Chocolate Chips Muffin

Bahan:
2 cwn tepung gandum
4 tsp baking powder (saya bubuh 2 tsp)
secubit garam
100g mentega, cairkan (saya guna marjerin)
3/4 cwn gula caster
2 biji telur
1/2 tsp esen vanila
1/2 cwn coklat cip
1 cwn susu (saya guna susu UHT)

Cara:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan gula dan gaul rata.
2. Dalam mangkuk lain, campur mentega, telur, esen vanila dan susu.
3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata.
4. Masukkan coklat cip ke dalam adunan tadi.
5. Sudu adunan ke dalam papercup 3/4 penuh dan bakar selama 10-13 minit pada suhu 180C.


No comments: