Sunday, September 21, 2008

Lempeng oh Lempeng...

Salam...
Saya buat lempeng ni last few week untuk sarapan saya dalam pantang. Saya akan kongsi beberapa juadah yang sesuai untuk mereka yang berpantang di blog ini. Semoga ianya memberi sedikit bantuan untuk anda diluar sana.


Lempeng
Sumber : Jeni
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
2 sdb minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Campurkan kesemuanya dah gaul hingga takde ketul-ketul. Kalau nak senang blendkan sahaja.
2. Panaskan frying pan atas api perlahan. (Dapur saya numbernya sampai 12 so saya buat takat 4 1/2 sahaja).
3. Apabila pan sudah cukup panas, tuangkan batter dan terus lenggang-lenggangkan pan supaya batter tu membentuk bulat dan nipis.
4. Agak-agak sudah masak (kering di sebelah bawah) alihkan permukaannya.
5. Biarkan sekejap dan angkat.
6. Gulungkan ia macam nak buat laksam. Kemudian potong menyenget.
7. Siap untuk dicicah. Cukup terangkat bila dimakan dengan kari ikan atau
sambal ikan bilis.

P/s: Saya makan lempeng dengan masak kurma ayam.

No comments: