Monday, September 22, 2008

Mee Goreng Segera atau Mee Segera Goreng?!...

Salam semua... Raya makin dekat, tentu semua sibuk menyiapkan segala keperluan raya kan? Hmm... Hari ni saya nak kongsi resipi simple yang saya buat untuk anak saya. Mee segera goreng... Tak guna perencah yang instant tu ya... So, sihat dan selamat... Malahan boleh menjadi makanan mereka yang berpantang juga....

Mee Segera Goreng
Bahan:
2 keping mee segera (saya guna brand Indomie)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 batang sosej (hiris)
2 pokok sawi bunga
kicap pekat
kicap cair
garam

Cara:
1. Rebus dan tos mee segera. Ketepikan.
2. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan sosej dan masak seketika.
3. Masukkan kicap cair dan kicap pekat mengikut citarasa.
4. Masukkan sawi dan mee. Gaul rata.
5. Hidangkan. Boleh dinikmati bersama bawang goreng dan telur goreng.

No comments: