Tuesday, October 21, 2008

Biskut Raya?! Hmmm...

Hello semua...
Cookies atau biskut ni saya cuba kelmarin. Biskut raya yang ada dah habis kena makan tapi bukan dengan tetamu, tapi dengan tuan rumah. Jadi terpaksalah buat lagi, manalah tahu kalau-kalau ada lagi tetamu yang datang beraya. Kalau tak ada alamatnya jadi snack kami anak beranak la. Resipi Biskut cornflakes permata ni dari http://resepinor.blogspot.com
















Biskut Cornflakes Permata


Bahan:
125g mentega
100g gula
1 biji telur
175g tepung gandum
1tsp baking powder
125g cornflakes (saya ganti dengan 100g cocoa crunch), ramas sedikit
ceri merah (saya tak letak)

Cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan tepung yang diayak tadi secara berperingkat dan gaul rata.
5. Masukkan cocoa crunch dan gaul rata.
6. Sudu adunan dan bakar pada suhu 180C selama 10-15 minit.

No comments: