Wednesday, October 22, 2008

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Lampam dengan Asam Gelugur...

Salam...
Ni satu lagi gulai masak lemak cili api menggunakan bahan dari kampung. Kali ni masak lemak cili api ikan lampam dengan asam gelugur (daunnya tau!). Maaf saya terlupa nak snap gambar daun asam gelugur tu. Tak apa nanti lain kali saya tempek. Ikan lampam ni saya beli di Pasar Tani Tanjong Ipoh juga, RM10 sekilo siap dah buang perut lagi. Kira murah la. Balik buang sisik dan bersih saja.

Untuk resipi kali ni semua sama dengan gulai masak lemak cili api yang lain kecuali ikan dan asam gelugur yang telah dihiris halus.

Gulai Masak Lemak Cili Api Ikan Lampam & Asam Gelugur

Bahan:
Daun asam gelugur (yang lembut), secukupnya, bersihkan dan hiris halus
Ikan lampam, bersih dan tos
Cili api, secukupnya mengikut citarasa
Kunyit hidup, 1 inci
Santan pekat
Santan cair
Garam

Cara:
1. Tumbuk kunyit hidup, cili api dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan cair dan sedikit daun asam gelugur yang telah dihiris.
3. Masak santan seketika dan masukkan ikan dan asam gelugur yang selebihnya.
4. Masak seketika. Masukkan santan pekat dan garam (jika perlu). Masak sehingga mendidih.

No comments: